:: SOALAN ::
Sunday, 9 March 2014 | 10:40 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...
i would like to begin my post with this hadith:
"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara : Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu? Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu? Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)
aku nak highlight tentang perkara yang keempat:tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?
okey,,sebagai seorang insan yang belajar agama,aku memang didedahkan dengan pelbagai ilmu baik ilmu tauhid,fekah,akhlak etc..alhamdullillah,syukur..sebab Allah pilih aku antara orang yang belajar tentang agamaNya..yang tahu tentang Islam..tapi yang sedehnya macam mana dengan amalan aku?adakah ia seiring dengan ilmu yang aku timba selama ni or ilmu itu ibarat halwa telinga sahaja?langsung tak masuk dalam otak mahupun menjentik hati aku...sepatutnya,semakin banyak ilmu yang kita tahu,semakin baik kita akan jadi..in my case,,aku maseh insan yang dulu,,ibarat aku x pernah belajar dan x pernah tahu tentang perkara itu..aku masih di takuk lama,tiada perubahan..aku terfikir sejenak,kalau perkara yang terakhir ini aku x boleh selesaikan,bagaimana aku bisa mengorak langkah menuju syurga Allah pada hari qiamat nanti..Sungguh,tujuan hidupku hanyalah satu:masuk syurga..tapi tindakan ku seolah-olah menyimpang daripada tujuanku yang satu itu..Astaghfirullah..
Ya Allah,seandainya ini yang dikatakan hidayah daripadaMu,aku mohon padaMu,Kau kurniakanlah petunjuk yang berterusan buat hambaMu ini..
Berkat rintihanku dan doa kedua ibu bapaku yang sentiasa mendoakanku untuk menjadi seorang anak yang mukminah,alhamdullillah..ada kuasa yang memberiku kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang telah ku pelajari..aku berjaya menjadi insan yang lebih baik..aku sudah berjaya keluar daripada takuk yang dulu..Walaupun perubahan ini tidaklah sebesar mana,namun aku bersyukur kerana dapat merasai nikmat itu..alhamdullillah,aku dikelilingi sahabat yang sentiasa memberikanku semangat dan nasihat..aku jadi kuat..terima kasih semua..
Perubahanku bukanlah transformasi luaran,namun perubahan dalaman yang berjaya merubah luaranku..Cara kita berfikir,memandang suatu perkara daripada sudut yang diredhai allah,menerima ketentuannya dengan dada yang lapang,merenung hikmah di sebalik setiap ujian..Ini semua berjaya merubah luaranku...
Pendek kata,kuncinya hanyalah satu..Keinginan kita untuk menjadi insan yang lebeh baik disertai doa yang tidak putus-putus padaNya..Nescaya Dia akan perkenankan..Manusia pada hari ini bukannya jahil pada ilmunya,tapi tidak mahu mengamalkan ilmu itu..Buang segala ego,sedarlah kita hanyalah hamba yang mati bila-bila masa sahaja..







