Tuesday, 1 April 2014 | 05:55 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
First of all,setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kpd
Allah SWT sebab Dia berkehendak untuk memperkenankan doa
aku..Alhamdullillah,Dia mengizinkan aku merasai bagaimanakah rasanya dapat
straight A..alhamdullillah,syukur..tapi dalam kegembiraan itu,aku sedar
sebenarnya aku ada tanggungjawab yang lebeh besar selepas ni..sebab apa?sebab
aku berpegang pada satu quote ni:
"everything happen for reasons"
Pernah sekali terlintas dlam kepala aku satu soalan..Kenapa
aku yang terpilih?dan aku percaya kejayaan yang dikurniakn ini pasti
bersebab..sesungguhnya,Allah tak mengkehendaki sesuatu berlaku dgn
sia-sia.Pasti,ada sesuatu yang DIA nak drpd aku.Pasti ada perancangan yang
hebat selepas ni.oleh sebab ni lah,aku sedar bahawa sebenarnya kejayaan ini
ialah satu AMANAH buat aku..dan ini juga hakikatnya satu UJIAN buatku..Bak kata
umi aku:
"kita takkan pernah tau perkara yang terbaik untuk
kita"
Betoi,tepat apa yang umi aku kata..Jadi,sentiasalah berdoa
agar setiap yang berlaku dlm hidup ini ialah perkara yang terbaik untuk
kita..jadi,x yah rasa risau seandainya keinginan,cita-cita kita x diperkenankan
DIA sebab yakinlah itu yang terbaik..Mungkin dapat stret A ialah kejayaan yang
terbaik untuk aku dan beberapa orang calon SPM yang lain,tapi bkn untuk semua
calon SPM.DIA Maha Mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan..
Okeh,,selesai satu point...
Point seterusnya aku letak dibawah lembayung kata 'HEBATNYA
DOA'..cewahh..ala-ala pidato gitu..hihihi..
Result aku ada 2 subjek yang dapat A-..bak kata orang,A- tu
atas pagar jaa,sikit lagi nak pi B+..kira nasib la tu..tapi,bagi aku A- bkan
terletak pd tuahnya nasib seseorang tu,tapi pada hebatnya kuasa
DOA..So,sentiasalah doa pada DIA..Ingat,Allah bagi ganjaran pada usaha kita
BUKAN pada hasil..hakikatnya,doa juga ialah salah satu bentuk usaha..Aku
teringat kata-kata Dr Fadhilah Kamsah dalam satu ceramah dia:
"Mintalah apa sahaja yang kamu nak kepada DIA,,APA
SAJA..tapi ingat,Allah akan makbulkan doa seseorang berdasarkan 3 syarat:1)apa
yang kita perlu 2)apa yang terbaik untuk kita 3)apa yang layak untuk
kita.."
Aku sentiasa berpegang kepada kata-kata ni..Allah ada
berfirman:
"Allah takkan ubah nasib suatu kaum,jika mereka sendiri
tidak mahu mengubahnya"
Qada dan qadar kita memang dah diaturkan oleh DIA..tapi
macam kejayaan kita,cita-cita kita,perjalanan hidup kita,tu semua berada dalam
takdir yang boleh diubah..orang panggil qadar mua’llaq..jika kita betoi2 nak
sesuatu tu,tunjuk kesungguhan kita terhadap impian kita..dengan USAHA yang
gigih,DOA yang berterusan,KEYAKINAN yang betul2 utuh,insyaallah kita bole dapat
apa yang kita impikan jika itu sememangnya yang TERBAIK untuk kita..yakinlah
pada DIA..
To wrap it up,aku sangat berharap aku dapat menjadi insan
yang memberi manfaat kepada orang lain,yang dapat menyumbang kepada agamaku dan
berbakti kepada negara..insyaallah..Daripada sudut pandangan insan kerdil yang
baru hidup 18 tahun,yang pengalaman hidup pun x teqa mana,,inilah tanggungjawab
yang aku nampak(buat masa sekarang) yang aku terletak di atas
bahuku..Hakikatnya,aku sedar amanahku akan semakin bertambah seiring
bertambahnya usia aku…Ya Allah,Kau kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu
ini..Kau bantulah aku untuk mencapai cita-citaku,Kau permudahkanlah segala
urusanku..Seandainya ini merupakan perkara yang terbaik buatku,Kau bukakanlah
ruang dan peluang buatku seluas-luasnya agar aku dapat melaksanakan impian
ini..Amin Ya Rabbalalamin…Renungilah kata-kata ini:
“Mukmin itu 100% kebergantungannya kepada Allah,dia tidak
takut akan masa depannya dan dia juga tidak sedih akan masa silamnya kerana dia
yakin Allah ada perancangan yang terbaik untuknya..”







