Coretan Seorang Hamba


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome


Tuesday, 1 April 2014 | 05:55 | 0 comments



Bismillahirrahmanirrahim..

First of all,setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kpd Allah SWT sebab Dia berkehendak untuk memperkenankan doa aku..Alhamdullillah,Dia mengizinkan aku merasai bagaimanakah rasanya dapat straight A..alhamdullillah,syukur..tapi dalam kegembiraan itu,aku sedar sebenarnya aku ada tanggungjawab yang lebeh besar selepas ni..sebab apa?sebab aku berpegang pada satu quote ni:

"everything happen for reasons"

Pernah sekali terlintas dlam kepala aku satu soalan..Kenapa aku yang terpilih?dan aku percaya kejayaan yang dikurniakn ini pasti bersebab..sesungguhnya,Allah tak mengkehendaki sesuatu berlaku dgn sia-sia.Pasti,ada sesuatu yang DIA nak drpd aku.Pasti ada perancangan yang hebat selepas ni.oleh sebab ni lah,aku sedar bahawa sebenarnya kejayaan ini ialah satu AMANAH buat aku..dan ini juga hakikatnya satu UJIAN buatku..Bak kata umi aku:

"kita takkan pernah tau perkara yang terbaik untuk kita"

Betoi,tepat apa yang umi aku kata..Jadi,sentiasalah berdoa agar setiap yang berlaku dlm hidup ini ialah perkara yang terbaik untuk kita..jadi,x yah rasa risau seandainya keinginan,cita-cita kita x diperkenankan DIA sebab yakinlah itu yang terbaik..Mungkin dapat stret A ialah kejayaan yang terbaik untuk aku dan beberapa orang calon SPM yang lain,tapi bkn untuk semua calon SPM.DIA Maha Mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan..

Okeh,,selesai satu point...

Point seterusnya aku letak dibawah lembayung kata 'HEBATNYA DOA'..cewahh..ala-ala pidato gitu..hihihi..

Result aku ada 2 subjek yang dapat A-..bak kata orang,A- tu atas pagar jaa,sikit lagi nak pi B+..kira nasib la tu..tapi,bagi aku A- bkan terletak pd tuahnya nasib seseorang tu,tapi pada hebatnya kuasa DOA..So,sentiasalah doa pada DIA..Ingat,Allah bagi ganjaran pada usaha kita BUKAN pada hasil..hakikatnya,doa juga ialah salah satu bentuk usaha..Aku teringat kata-kata Dr Fadhilah Kamsah dalam satu ceramah dia:

"Mintalah apa sahaja yang kamu nak kepada DIA,,APA SAJA..tapi ingat,Allah akan makbulkan doa seseorang berdasarkan 3 syarat:1)apa yang kita perlu 2)apa yang terbaik untuk kita 3)apa yang layak untuk kita.."

Aku sentiasa berpegang kepada kata-kata ni..Allah ada berfirman:

"Allah takkan ubah nasib suatu kaum,jika mereka sendiri tidak mahu mengubahnya"

Qada dan qadar kita memang dah diaturkan oleh DIA..tapi macam kejayaan kita,cita-cita kita,perjalanan hidup kita,tu semua berada dalam takdir yang boleh diubah..orang panggil qadar mua’llaq..jika kita betoi2 nak sesuatu tu,tunjuk kesungguhan kita terhadap impian kita..dengan USAHA yang gigih,DOA yang berterusan,KEYAKINAN yang betul2 utuh,insyaallah kita bole dapat apa yang kita impikan jika itu sememangnya yang TERBAIK untuk kita..yakinlah pada DIA..

To wrap it up,aku sangat berharap aku dapat menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain,yang dapat menyumbang kepada agamaku dan berbakti kepada negara..insyaallah..Daripada sudut pandangan insan kerdil yang baru hidup 18 tahun,yang pengalaman hidup pun x teqa mana,,inilah tanggungjawab yang aku nampak(buat masa sekarang) yang aku terletak di atas bahuku..Hakikatnya,aku sedar amanahku akan semakin bertambah seiring bertambahnya usia aku…Ya Allah,Kau kurniakanlah kekuatan kepada hambaMu ini..Kau bantulah aku untuk mencapai cita-citaku,Kau permudahkanlah segala urusanku..Seandainya ini merupakan perkara yang terbaik buatku,Kau bukakanlah ruang dan peluang buatku seluas-luasnya agar aku dapat melaksanakan impian ini..Amin Ya Rabbalalamin…Renungilah kata-kata ini:

“Mukmin itu 100% kebergantungannya kepada Allah,dia tidak takut akan masa depannya dan dia juga tidak sedih akan masa silamnya kerana dia yakin Allah ada perancangan yang terbaik untuknya..”
Sunday, 9 March 2014 | 17:58 | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

Stay away from Anger.
It hurts only You and nobody else.
If you are right, then there is no need to get angry,
and if you are wrong then you don't have any right to get angry.

Patience with family is love,
Patience with others is respect,
Patience with self is confidence and
Patience with GOD is faith.

Never think hard about the past, it brings tears.
Don't think more about the future, it brings fear.
Live this moment with a Smile, it brings cheer.

Every test in our life makes us bitter or better,
every problem comes to make us or break us,
The choice is ours whether we become victims or victorious.

Search for a beautiful heart not a beautiful face.
Beautiful things are not always good but good things are always beautiful.

Do you know why God created gaps between fingers?
So that someone who is special to you
comes and fills those gaps by holding your hand forever.

Never forget this advice...
Happiness keeps Us Sweet
Trials keep Us Strong
Success keeps Us Glowing

But Only Allah keeps Us Going...



:: SOALAN ::
| 10:40 | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

i would like to begin my post with this hadith:


"Setiap hamba pada Hari Qiyamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara : Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu? Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu? Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya? Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
 (Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)

aku nak highlight tentang perkara yang keempat:tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?


okey,,sebagai seorang insan yang belajar agama,aku memang didedahkan dengan pelbagai ilmu baik ilmu tauhid,fekah,akhlak etc..alhamdullillah,syukur..sebab Allah pilih aku antara orang yang belajar tentang agamaNya..yang tahu tentang Islam..tapi yang sedehnya macam mana dengan amalan aku?adakah ia seiring dengan ilmu yang aku timba selama ni or ilmu itu ibarat halwa telinga sahaja?langsung tak masuk dalam otak mahupun menjentik hati aku...sepatutnya,semakin banyak ilmu yang kita tahu,semakin baik kita akan jadi..in my case,,aku maseh insan yang dulu,,ibarat aku x pernah belajar dan x pernah tahu tentang perkara itu..aku masih di takuk lama,tiada perubahan..aku terfikir sejenak,kalau perkara yang terakhir ini aku x boleh selesaikan,bagaimana aku bisa mengorak langkah menuju syurga Allah pada hari qiamat nanti..Sungguh,tujuan hidupku hanyalah satu:masuk syurga..tapi tindakan ku seolah-olah menyimpang daripada tujuanku yang satu itu..Astaghfirullah..


Ya Allah,seandainya ini yang dikatakan hidayah daripadaMu,aku mohon padaMu,Kau kurniakanlah petunjuk yang berterusan buat hambaMu ini..


Berkat rintihanku dan doa kedua ibu bapaku yang sentiasa mendoakanku untuk menjadi seorang anak yang mukminah,alhamdullillah..ada kuasa yang memberiku kekuatan untuk beramal dengan ilmu yang telah ku pelajari..aku berjaya menjadi insan yang lebih baik..aku sudah berjaya keluar daripada takuk yang dulu..Walaupun perubahan ini tidaklah sebesar mana,namun aku bersyukur kerana dapat merasai nikmat itu..alhamdullillah,aku dikelilingi sahabat yang sentiasa memberikanku semangat dan nasihat..aku jadi kuat..terima kasih semua..


Perubahanku bukanlah transformasi luaran,namun perubahan dalaman yang berjaya merubah luaranku..Cara kita berfikir,memandang suatu perkara daripada sudut yang diredhai allah,menerima ketentuannya dengan dada yang lapang,merenung hikmah di sebalik setiap ujian..Ini semua berjaya merubah luaranku...


Pendek kata,kuncinya hanyalah satu..Keinginan kita untuk menjadi insan yang lebeh baik disertai doa yang tidak putus-putus padaNya..Nescaya Dia akan perkenankan..Manusia pada hari ini bukannya jahil pada ilmunya,tapi tidak mahu mengamalkan ilmu itu..Buang segala ego,sedarlah kita hanyalah hamba yang mati bila-bila masa sahaja..
M.A.L.U
Saturday, 22 February 2014 | 17:30 | 0 comments

Olla!

it has been for a while i didn't update this blog (bout a month)...bukannya apa, dah x dak idea nak menaip apa kat keyboard nih...well,,sepanjang sebulan ni,a lot thing happen...act,lebeh kurang sebulan jer lagi result SPM akan keluar...So,i have nothing to say,,just pray coz that is the only thing i can do now...

OK!

we gonna go to the main point..kelmarin,aku hangout ngan kengkawan..memang daebakk giler laa kann..al maklum,dah lama x jumpa,,a lot thing to share,a lot thing to talk and to laugh together...while kami tengah sibuk chatting,,tiba2 one of my friend tanya satu soalan cepumas..

"weyh,,ampa dok kat umah bangun mayang tahajjud dak la ni?"

once aku dengar ja soalan tu,aku terus ~ gulpp!(telan air liur)..dont know what to say...then,macam feedback la dapat kan..tpi,most of the answers is YES!even dia bangun sekali ja for all this while,that mean dia pernah bangun solat malam jugak kan!

aku ttiba ja muhasabah diri...aku malu ngan diri aku,,ngan kawan2 and yang paling aku malu,of coz with my Creator...yes,sebelum exam SPM aku memang selalu bangun sepertiga malam..tapi,kenapa bila lepas SPM ~ (speechless)??WHY?

Ya Allah,Kau ringankanlah tulang-belulangku untuk beribadat kepadaMu..aku x mahu jadi hamba yang sombong..sesungguhnya,aku x kuat..Kau kurniakanlah aku kekuatan Ya Rabb..Kau bantulah aku...

to wrap it up,jangan rasa diri kita ni dah cukup baik bila kita dah solat lima waktu,,solat sunat ada la dua tiga waktu,baca Quran pon tak menentu..bila kita jumpa orang yang lebeh baek drpd kita,baru rasa bertapa kerdilnya diri ni (tambah2 orang tu ialah orang yang dekat dengan kita)..Sebagai hamba,kita perlukan bantuan dan pertolongan Allah all the time,bukan pada waktu tertentu saja...Jangan bila dah terdesak,baru nak cari Dia..We need his help and bless all the time..i wish that i didn't 'cakap kosong' on this post and i really hope that there is an action from myself after this...


WORTH~~
Monday, 20 January 2014 | 08:47 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim...

Macam lama dah den x menghupdate...hehehe...aku baru jer habeh baca novel kedua by evelyn rose...novel yang tajuk dia 13JAMA380 tuh...aku beli kot novel tu...and in my opinion,,beli novel tu bukanlah suatu pelaburan yang merugikan...i gain a lot of knowledge and motivated after reading that novel..lepas jer baca novel tu,,keinginan aku untuk study abroad membuak-buak..teringin nak pi tempat orang dan tengok dunia yang penghuninya macam2 perangai,budaya,ideologi etc...

FYI,,novel tu cerita pasai life orang kaya...aku x tau la sama ada memang wujud orang kaya giler macam karakter dalam novel tu...tapi aku rasa memang ada..cuma aku ja yang tak taw maybe sebab aku pon hidup dalam golongan mediocre je kan(biase2 jer)..and because of that,,aku berazam nak keluaq drpd kepompong biasa2 ni...aku nak jadi orang KAYA(ambitious giler),,seriously...aku memang nak jadi orang kaya...

Jadi orang kaya yang hidup dalam environment islamik,yang diberkati dan diredhaiNya..Bila jadi orang kaya,,kita ada pengaruh and orang akan respect kita...nak tolong orang pon senang...cer bayang kalau top hundred billlionaires semuanya orang Islam...Baru ada fight maa..and semua billionaires muslim ni bergabung untuk bangkitkan Islam kat dunia ni...aku dah wat survey dah kat google,,and fact show that semua billionaires kat dunia ni own a business...Sebab tu la Nabi ada pesan:

"9/10 daripada rezeki datangnya drpd BERNIAGA ."

Aku rasa tak salah impian aku untuk jadi BILLIONAIRE...cumanya aku kena cari saluran dan jalan yang betoi untuk keluaq daripada kepompong biasa2...BTW,,setiap orang ada aim dia yang tersendiri untuk tolong our DEEN...and apa sahaja cita-cita dan impian kita,, seharusnya our path is toward JANNAH....Allahurabi,,Kau permudahkanlah segalanya....
SwEet 18,,huhH??
Thursday, 9 January 2014 | 09:03 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdullillah,,pada jam 5.55 pagi tadi on 9 Januari,,maka genaplah umuq aku yang ke 18 tahun...wahh,,i'm grown up!(teruja sat)...

Ya Allah,,terima kaseh sebab Kau maseh panjangkan umuq hambamu ni untuk aku merasai nikmatMu atas dunia nii...I hope than I gonna be a better daughter,sister,grandaughter and of course as a Muslim....Kau berkatilah Kehidupanku yang lalu dan yang akan datang....

Actually,,semakin meningkatnya umur kita,,semakin besar la tanggungjawab kita as a khalifa of Allah in this world..Ini ialah amanah!bukan benda main-main...Nak tulis dalam blog ni memang senang,,but to make it happen hanya Allah yang tau...

Ya Allah,,kau berilah kekuatan kepadaKu untuk menjalankan amanahMu..Sesungguhnya aku ini hanya seorang hamba yang lemah,yang penuh dengan dosa,yang kadang-kadang lalai dalam mengingatiMu,yang tidak pernah lari daripada melakukan kasalahan...Namun,,aku sentiasa mengharapkan syurgaMu,Ya Rabb..Kau limpahkanlah kasih sayang dan rahmatmu dalam kehidupanku...Sesungguhnya,aku tidak berdaya Ya Allah..Sungguh!Aku tak kuat..Kau bantulah aku,,Ya Rahman...
S.A.H.A.B.A.T
Tuesday, 7 January 2014 | 07:59 | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

OK..now i wanna write bout friend..sapa yang kata dalam dunia ni dia x dak kawan??tell me...i believe that everybody is this world has friends,right?aku pun ada kawanss...

Aku teringat satu kata-kata drpd senior aku:

"hubungan persahabatan yang allah berkat(maksudnya tiada unsur-unsur dengki,khianat,sakit hati etc) ialah apabila waktu kita dah berpisah dengan kawan-kawan kita ,,kita rasa mudah nak berhubung dengan dia tak kiralah either kita tengah happy or sedehh..dan jangan terkejut kalau orang yang kita rasa macam tu ialah orang yang kita tak pernah rapat pon waktu dulu-dulu.."

Bila aku dengar jaa kata-kata kak tu,,muka kawan-kawan aku terus terbayang dalam kepala hotak...and of course muka-muka yang aku rapat  yang muncul...then,,aku teringat balik macam mana relay aku ngan depa sekarang...Yes,,memang kalau dalam FB tu ada laa aku like status ang,,ang like status aku..Tapi,,keinginan untuk tegur kat chat or send mesej guna fon tu,,dia rasa macam ada gap...ntahlaa,,x tau nak explain...maybe aku jaa yang rasa benda nihh..i dont know...

Then,,aku terpikir..Is our relationship is not bless by Him??Dulu,,kami rapat tu memang rapat sungguh laa...macam adik beradik...So,,how to overcome this problemm??Aku pon muhasabah balek.....Yes,,memang tak dapat dinafikan memang dalam kami punya relationship kami ada buat benda yang allah tak suka...and mungkin that is one of the factor why this thing happen...

Conclusion dia kat sini,,kita kalau nak buat something niat lillahitaala..kalau nak sayang kawan,,sayang sebab Allah dan mengharapkan keberkatan Dia...And alhamdullillah aku ngan kawan-kawan aku la ni dah macam dulu...dok wat qaplahh ikut suka hati kami laa kalau jumpa tu,,,x rasa macam ada gap dah..Terima kaseh Allah...Ukhuwah fillah abadan-abada...

Apa Imam Al-Ghazali kata:

"ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan,,bukan terletak pada ucapan manis dibibir,,tetapi terletak pada ingatan seseorang pada saudaranya di dalam DOA..."

Kawan,,ampa selalu ada dalam doa aku...aku sayang ampa kerana Allah..Sumpah tak bohong..